Kelas Keusahawanan (Bersama Tuty’s Bakery) Anjuran Bersama PI Kg Quop & PI Sg Bandung & PI Bengoh
7 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mei 2018 (Ahad) yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Quop telah mengadakan kelas keusahawanan yang dihadiri oleh seramai 12 orang peserta. Aktiviti dimulakan dengan pengenalan oleh tenaga pengajar iaitu Puan Tuty selaku pengusaha kedai roti di Serian. Beliau berkongsi pengalaman sepanjang mengusahakan kedai roti sendiri. Selepas itu, beliau membahagikan para peserta kepada 3 kumpulan untuk memudahkan sesi latihan.
Peserta berpeluang menghasilkan sendiri beberapa jenis biskut melalui proses pengadunan,membuat doh, proses membuat pelbagai bentuk biskut dan akhir sekali proses pembakaran biskut. Akhir sekali, program ditamatkan dengan sesi penyampaian cenderamata kepada tenaga pengajar serta sijil untuk para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: